Posts

CARA CATAT PERBELANJAAN GUNA PHONE

Image
Setiap kali keluar dan korang berbelanja ada catat dekat mana-mana tak perbelanjaan? Ada simpan resit atau tidak? Sebab itulah banyak kawan-kawan yang mengadu dekat saya yang setiap kali hujung bulan duit tinggal berapa ringgit je sedangkan gaji dia dah 3K😱!  Bila soal siasat mereka memang sah mereka tak rekod perbelanjaan seperti duit keluar dan masuk. Mereka juga tak sediakan 4 akaun simpanan bank untuk diasingkan untuk perbelanjaan,simpanan,kecemasan dan hutang. Tapi harini saya nak sentuh tentang cara catat perbelanjaan guna phone sebab sekarang dah moden ada whataap dan telegram. Kalau dulu-dulu nak catat perbelanjaan harian nak kena ada buku 55 untuk catat setiap duit masuk dan keluar kini tidak lagi. Anda boleh gunakan whatapp group dan letakkan nama group tu 'money tracker' dan boleh add suami sekali dalam group tu kalau nak. Simbol (-) untuk duit keluar seperti perbelanjaan dan simbol (+) untuk duit masuk contoh duit gaji dan bonus.  So bila balik rumah kena salin ba...

CARA MENABUNG YANG BUAT ANDA JADI JUTAWAN PADA 2023

Image
Hai guys, harini saya nak share dengan korang semua cara menabung yang betul sebab mungkin cara menabung korang salah. Semua masa kecik dah dihadiahkan oleh mak dan ayah sebuah tabung tak kisah lah tabung besar ke kecik ke boleh pecah ke tak perlu pecah ke. Kita memang disuruh menabung oleh mak ayah sejak kecil tapi tak ramai mak ayah yang ajar cara menabung yang betul kepada anak-anak. Hati-hati bila ajar cara menabung yang salah kepada anak-anak sejak kecil maka tabiat itu mereka akan bawa sehingga dewasa dan besar kemungkinan tabiat itu tidak boleh dihilangkan. "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya" itulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan apa yang saya maksudkan. Kita sebagai ibu bapa perlu membimbing anak-anak dengan penuh perhatian ketika mereka kecil ini kerana itulah yang akan membentuk peribadi mereka apabila dewasa kelak.  Mari kita lihat dua cara menabung oleh dua orang budak ini:  Situasi A Ali setiap hari selepas sekolah akan menabung menggunakan duit l...