CARA CATAT PERBELANJAAN GUNA PHONE
Setiap kali keluar dan korang berbelanja ada catat dekat mana-mana tak perbelanjaan? Ada simpan resit atau tidak? Sebab itulah banyak kawan-kawan yang mengadu dekat saya yang setiap kali hujung bulan duit tinggal berapa ringgit je sedangkan gaji dia dah 3K😱!
Bila soal siasat mereka memang sah mereka tak rekod perbelanjaan seperti duit keluar dan masuk. Mereka juga tak sediakan 4 akaun simpanan bank untuk diasingkan untuk perbelanjaan,simpanan,kecemasan dan hutang. Tapi harini saya nak sentuh tentang cara catat perbelanjaan guna phone sebab sekarang dah moden ada whataap dan telegram. Kalau dulu-dulu nak catat perbelanjaan harian nak kena ada buku 55 untuk catat setiap duit masuk dan keluar kini tidak lagi. Anda boleh gunakan whatapp group dan letakkan nama group tu 'money tracker' dan boleh add suami sekali dalam group tu kalau nak.
![]() |
| Simbol (-) untuk duit keluar seperti perbelanjaan dan simbol (+) untuk duit masuk contoh duit gaji dan bonus. |
So bila balik rumah kena salin balik berapa duit keluar dan masuk pada hari berkenaan. Walaupun dah ada whataap masih kena salin dalam buku sebab takut mesej whatapp tu hilang. Jadi kita siap sedia soft copy dan hard copy. Daripada sinilah kita dapat tengok berapa perbelanjaan harian kita dan boleh menilai nafsu kita dalam berbelanja. Mungkin sebelum anda praktikkan kaedah ini anda tak perasan kebocoran wang setiap hari yang anda lakukan tetapi selepas mula praktik barulah anda perasan anda mungkin seorang yang boros. Selain itu, setiap hujung bulan tolong kira kesemua perbelanjaan yang telah anda buat. Pastikan perbelanjaan bulanan tidak melebihi 70% daripada gaji bulanan kita.
Apa itu perbelanjaan? Contoh perbelanjaan adalah seperti sewa rumah,barang dapur,minyak petrol,parking,tol,bil api dan air dan duit makan waktu lunch. Hutang kereta,motosikal,rumah,PTPTN dan ASB tidak termasuk dalam kategori perbelanjaan tetapi hutang.
CONTOH:
GAJI= RM 1000
PERBELANJAAN = RM 800
800/1000 X 100% = 80%
Kesimpulannya perbelanjaan telah melebihi 70%
Ada apa-apa soalan boleh share di ruangan komen.


Comments
Post a Comment