CARA MENABUNG YANG BUAT ANDA JADI JUTAWAN PADA 2023

Hai guys, harini saya nak share dengan korang semua cara menabung yang betul sebab mungkin cara menabung korang salah. Semua masa kecik dah dihadiahkan oleh mak dan ayah sebuah tabung tak kisah lah tabung besar ke kecik ke boleh pecah ke tak perlu pecah ke. Kita memang disuruh menabung oleh mak ayah sejak kecil tapi tak ramai mak ayah yang ajar cara menabung yang betul kepada anak-anak. Hati-hati bila ajar cara menabung yang salah kepada anak-anak sejak kecil maka tabiat itu mereka akan bawa sehingga dewasa dan besar kemungkinan tabiat itu tidak boleh dihilangkan. "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya" itulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan apa yang saya maksudkan. Kita sebagai ibu bapa perlu membimbing anak-anak dengan penuh perhatian ketika mereka kecil ini kerana itulah yang akan membentuk peribadi mereka apabila dewasa kelak. 

Mari kita lihat dua cara menabung oleh dua orang budak ini: 

Situasi A

Ali setiap hari selepas sekolah akan menabung menggunakan duit lebihan daripada duit belanja sekolahnya. Kadang-kadang dia tidak menabung langsung kerana menggunakan kesemuanya duit belanja tersebut.

Situasi B

Abu setiap hari akan mengasingkan 10% daripada duit belanjanya dan terus memasukkan duit itu ke dalam tabung sebelum pergi ke sekolah. Dia bertekad untuk menyimpan wang sebanyak RM10 000 menjelang dia berumur 17 tahun. Wang tersebut akan digunakannya apabila mahu melanjutkkan pelajaran di IPTA.

Kalau kita tengok daripada 2 situasi di atas. Agak-agak siapa yang akan berjaya dalam usaha untuk menabung? Sudah pastilah Abu sebab dia mengasingkan duitnya itu terlebih dahulu kemudian dia meletakkan matlamat yang jelas kenapa dia menabung dan akhir sekali dia tidak boros dan berdisiplin dalam menyimpan. Tabiat inilah yang Abu akan bawa sehinggalah dia dewasa kerana telah diajar oleh kedua ibu bapanya. Malangnya, tak ramai mak ayah yang beri penekanan ilmu menabung ini kepada anak-anak dan hanya memberi tumpuan kepada ilmu akademik. 

Untuk orang yang dewasa pula setiap kali gaji anda mestilah mengasingkan 10% untuk simpanan, 10% untuk kecemasan, 10% untuk Takaful dan 70% untuk perbelanjaan. Letakkan matlamat berapa nilai yang anda nak simpan dan tarikh anda akan capai perkara tersebut termasuklah ke manakah duit itu akan digunakan. Barulah kita jadi bersemangat nak menyimpan kerana ada hala tuju dan misi yang hendak dicapai.
Setiap kali gaji asingkan siap-siap


Sekian. Itu sahaja perkongsian pada kali ini walaupun ringkas. Anda boleh kongsikan pendapat,soalan,idea di bahagian komen dan boleh share link artikel ini di mana-mana sosial media. Terima kasih.




Comments

Popular posts from this blog

CARA CATAT PERBELANJAAN GUNA PHONE